Cari:
Li Zhaoxing: Kadar Penandatanganan Kontrak Kerja Meningkat
2010-03-04 14:02:40 CRI Cetak

Kadar penandatanganan kontrak kerja antara syarikat yang berskop besar dengan kakitangannya telah meningkat dengan ketara selepas "Undang-undang Kontrak Kerja" dilaksanakan sejak dua tahun. Demikian dinyatakan oleh jurucakap Sidang Ke-3 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) Ke-11, Li Zhaoxing dalam sidang akhbar di Beijing hari ini.

Beliau menyatakan kadar penandatanganan kontrak kerja antara syarikat yang berskop besar dengan kakitangannya dari kebanyakan provinsi, wilayah autonomi dan bandar yang diuruskan secara langsung oleh kerajaan pusat China telah mencatat lebih 90%, manakala syarikat besar milik negara mencatat 100%. Tempoh kontrak kerja yang baru ditandatangani juga dipanjangkan. Hak dan kewajipan dari kedua-dua pihak ditetapkan dengan jelas dalam kontrak kerja yang baru ditandatangani. Butir-butir kontrak kerja boleh ditambah pada ketika yang sesuai bagi memenuhi keperluan situasi semasa.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China