Cari:
Sidang Tahunan NPC Dirasmikan
2010-03-05 09:09:23 CRI Cetak

Sidang ke-3 Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-11 dirasmikan di Beijing pada pukul 9:00 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap NPC, Wu Bangguo mempengerusi upacara perasmian tersebut. Presiden Hu Jintao, Perdana Menteri Wen Jiabao, Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Jia Qinglin dan pemimpin-pemimpin lain turut hadir dalam sidang ini.

Perdana Menteri, Wen Jiabao bagi Dewan Negara membentangkan laporan kerja kerajaan kepada kira-kira 3000 wakil NPC. Laporan tersebut mengimbas kembali kerja kerajaan China pada tahun 2009 dan mengatur kerja pada tahun 2010.

Dalam agenda selama sembilan hari setengah, para wakil NPC akan mendengar dan membahaskan laporan kerja daripada kerajaan pusat, Mmahkamah Tertinggi, Jabatan Pendakwa Tertinggi dan Jawatankuasa Tetap NPC; membahaskan pelbagai laporan termasuk rancangan pembangunan sosioekonomi kebangsaan 2010 dan belanjawan pusat 2010. Selain agenda tersebut, sidang NPC kali ini juga akan membahaskan draf pindaan Undang-undang Pemilihan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China