Cari:
Hu Jintao Tegaskan Pentingnya Mempercepat Pengubahsuaian Kaedah Pembangunan Ekonomi
2010-03-06 13:23:32 CRI Cetak

Menurut laporan kerja kerajaan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri China, Wen Jiabao pagi semalam, mempercepat pengubahsuaian kaedah pembangunan ekonomi menjadi tugas utama kerajaan China pada tahun ini.

Pemimpin China, Hu Jintao, Wu Bangguo dan Xi Jinping masing-masing menyertai mesyuarat pelbagai delegasi untuk membahaskan laporan itu petang semalam. Mereka bersama-sama para wakil membincangkan urusan negara dan mengemukakan pandangan mengenai tindakan mempercepat pengubahsuaian kaedah pembangunan ekonomi.

Ketika menyertai pembahasan delegasi provinsi Jiangsu, Presiden Hu Jintao menegaskan bahawa China perlu mengembangkan ekonominya secara seimbang, selaras dan berterusan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China