Cari:
Tidak Bayar Gaji Pekerja Dicadangkan Sebagai Jenayah dalam Undang-undang
2010-03-10 15:59:06 CRI Cetak

Kegiatan tidak membayar gaji pekerja dicadangkan sebagai satu jenayah yang membalakangi undang-undang. Cadangan itu dikemukakan oleh Gabungan Kesatuan Sekerja Seluruh China semasa sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) di Beijing.

Ketua Jabatan Jaminan Pekerjaan Gabungan Kesatuan Sekerja Seluruh China, Zou Zhen dalam sidang akhbar di Beijing semalam berkata, pindaan ke atas Undang-undang Jenayah yang sedia ada perlu dibuat bagi memastikan pengagihan pendapatan secara munasabah dan mengenakan hukuman ke atas kegiatan tidak membayar gaji pekerja.

Isu pengagihan pendapatan tetap menjadi tumpuan perhatian kaum pekerja di seluruh negara. Menurut tinjauan pendapat, 75.3% daripada kaum pekerja beranggapan cara pengagihan pendapatan yang sedia ada tidak adil. Manakala 61% daripada mereka beranggapan pendapatan pekerja yang terlalu rendah merupakan masalah utama dalam isu pengagihan pendapatan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China