Cari:
2010-04-30 20:18:11 CRI Cetak

Majlis perasmian Ekspo Dunia 2010 dimulakan di Shanghai China pada pukul 8.10 tadi.

Presiden China, Hu Jintao, Presiden Biro Pameran Antarabangsa, Encik Jean-Pierre Lafon dan tokoh politik dari lebih 20 buah negara menghadiri majlis perasmian ini, antaranya termasuk Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, Presiden Republik Korea, Lee Myong-bak, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung dan Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Eropah, Barroso.

Ketua Pengarah Jawatankuasa Penganjur Ekspo Dunia 2010 Shanghai China, yang juga Naib Perdana Menteri China, Wang Qishan merakam ucapan terima kasih kepada 246 buah negara, pertubuhan antarabangsa dan perusahaan China dan luar negara yang menyertai pameran ekspo dunia kali ini.

Pengerusi majlis mempersilakan Presiden Biro Pameran Antarabangsa, Encik Jean-Pierre Lafon menyatak, Ekspo Dunia memenuhi tuntutan kemajuan zaman, dialog dan persaingan yang tidak hanya terhad kepada sukan semata-mata. Ekspo ini akan menyumbang kepada kesedaran sosial supaya dengan itu bandar-bandar kita akan menjadi lebih lestari, adil, selamat dan harmoni.

Selepas Presiden Hu Jintao merasmikan Ekspo Dunia 2010, para seniman dari seluruh dunia akan membuat pertunjukan yang gilang gemilang, persembahan bunga api dan air pancut juga akan diadakan di kedua-dua belah tebing Sungai Huangpu.

Tema ekspo dunia kali ini ialah "Bandar Yang Lebih Baik Berikan Kehidupan Yang Lebih Baik". Semua peserta akan mempamerkan dan membincangkan peranan pendorong yang dibawa oleh bandar kepada pembangunan umat manusia dengan menggunakan wadah ini. Ini merupakan ekspo dunia bersepadu yang pertama kali dianjurkan di negara membangun, yang melibatkan 246 negara dan pertubuhan antarabangsa. Ekspo Dunia 2010 Shanghai China dijangka akan menarik lebih 700 juta pelancong dari seluruh dunia untuk menghayati teknologi yang paling canggih dan budaya yang paling cemerlang di sini.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China