Cari:
Timothy Geithner: Hubungan Ekonomi A.S.-China Saling Menguntungkan
2011-01-13 11:34:08 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China telah menyediakan peluang ekonomi yang besar kepada A.S. bahkan dunia. Hubungan ekonomi A.S.-China adalah saling menguntungkan. Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Perbendaharaan A.S., Timothy Geithner ketika menyampaikan ucapan mengenai hubungan ekonomi kedua-dua negara tersebut di Universiti John Hopkins semalam pada saat menjelang lawatan Presiden Hu Jintao ke negara itu.

Beliau berkata, meskipun A.S. dan China bersaing dalam sebilangan bidang, hubungan ekonomi kedua-dua negara adalah saling melengkapi. Geithner juga memaklumkan, eksport barangan dan perkhidmatan A.S. ke China dijangka akan melebihi 100 bilion dolar Amerika pada tahun 2011, pertumbuhan eksport ke China merupakan dua kali ganda berbanding pertumbuhan eksportnya ke kawasan yang lain. A.S. diperlukan oleh China, di samping itu, A.S. juga mendapat banyak faedah daripada hubungan ekonomi dengan China yang berkembang dengan pesat.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China