Cari:
Rakyat China Merayakan Tahun Baru China dalam Suasana Riang Gembira
2011-02-04 15:48:13 Agensi Berita Xinhua China Cetak

3 Februari lalu merupakan hari pertama Tahun Arnab China. Penduduk di merata-rata tempat China mengadakan pelbagai aktiviti untuk merayakan hari raya. Baik di pesta kuil Beijing, Pavilion China Ekspo Dunia Shanghai atau pun di kawasan kediaman yang baru dibina di Beichuan, kawasan bencana gempa bumi dipenuhi suasana riang gembira.

Dari malam terakhir menjelang Tahun Baru hingga hari pertama Tahun Arnab, sisa mercun dan bunga api yang dibakar yang dibersihkan di bandar Beijing mencecah 2,380 tan. Selain itu, 11 buah taman di Beijing telah menerima pelancong seramai 218 ribu orang, meningkat kira-kira 30% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Di bandar Shanghai, melawat Pavilion China Ekspo Dunia Shanghai merupakan pilihan hiburan yang baru bagi penduduk Shanghai dalam tempoh hari raya.

Kota Kaunti Beichuan Sichuan dihiaskan dengan Tanglong, reben dan bendera yang berwarna-warni untuk menyambut pelancong.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China