Cari:
Pelancongan Sempadan di Yunnan Hangat
2011-02-08 16:32:29 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Industri pelancongan sempadan menjadi amat hangat semasa tempoh cuti Tahun Baru China tahun ini disebabkan industri itu sudah mulai terbentuk di provinsi Yunnan. Perkhidmatan pemberian pas kepada pelancong dari luar Yunnan telah dipulihkan di beberapa laluan kastam di provinsi itu. Tak syak lagi "menjelajah sempadan" telah menjadi salah satu kejayaan yang baru dalam usaha mempromosi pakej pelancongan di provinsi Yunnan.

Jumlah pelancong yang masuk keluar dari laluan sempadan Ruili dan Hekou telah bertambah ramai semasa tempoh cuti Tahun Baru China ini. Menurut perangkaan yang berkenaan, pelancong yang melalui laluan Ruili purata setiap hari berjumlah 25 ribu hingga 26 ribu orang. Terdapat 396 rombongan pelancong China dan luar negara dengan jumlah pelancong 27 ribu 823 orang telah melalui laluan Hukou setakat 7 Februari tahun ini. Jumlah itu meningkat 33% daripada tempoh yang sama tahun lalu, antaranya seramai 19 ribu 673 orang dari rombongan pelancong berwarga China yang bertolak menuju ke Vietnam. Jumlah itu meningkat 47% daripada tempoh yang sama tahun lalu.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China