Serangan letupan bom dan tembakan yang berlaku di Oslo, Norway semalam dipercayai dilakukan oleh kumpulan pengganas negara itu.
Menurut polis tempatan, suspek yang terlibat dalam kes itu merupakan penyerang yang ditangkap di sebuah pulau berhampiran Oslo.Motif serangan belum diketahui.
Suspek itu yang menyamar diri sebagai anggota polis dikatakan telah menembak mati sekurang-kurangnya 80 orang orang di pulau berkenaan. Pada hari yang sama, seramai 7 yang terkorban dalam letupan bom yang berlaku di pejabat kerajaan di pusat bandar Oslo.