Britain semalam mengumumkan keputusan penyiasatan tentang "tragedi Hillsborough" yang berlaku pada 23 tahun yang lalu. Perdana Menteri, David Cameron memohon maaf atas kecuaian pihak polis dan dakwaan yang tidak adil terhadap peminat bola sepak ketika itu.
Pada 15 April 1989, pasukan Liverpool dan Nottingham Forest bertanding di Stadium Hillsborough, bandar Shelffield yang turut menyaksikan huru-hara yang saling menginjak kerana penonton yang terlalu ramai. Akibatnya, 96 orang peminat bola sepak maut dalam tragedi tersebut.