Cari:
Hubungan Parti Komunis China dengan Dunia Luar dalam Tempoh Sedekad
2012-10-15 15:32:46 CRI Cetak

Baru-baru ini, Ketua Jabatan Perhubungan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Wang Jiarui menerima temu ramah wartawan menjelang Kongres Kebangsaan Ke-18 Parti Komunis China yang bakal diadakan di Beijing pada 8 November. Menurut beliau, kedudukan China di arena antarabangsa terus meningkat dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Di samping itu, Parti Komunis China juga telah menyaksikan prestasinya yang semakin tinggi di dunia.

Wang Jiarui berkata, Parti Komunis China telah menjalinkan hubungan dengan lebih 600 buah parti dan pertubuhan politik dari 160 negara dan kawasan setakat ini. Hubungan itu bukan sahaja merangkumi kerjasama dan interaksi dalam pelbagai bidang, malah melibatkan penyelarasan strategi bagi memastikan perkembangan hubungan yang sihat dengan parti politik pelbagai negara besar di dunia.

Semasa menghuraikan langkah-langkah bagi memperkasakan hubungan kerjasama dengan pelbagai parti di dunia, Wang Jiarui berkata, Parti Komunis China tetap memberi perhatian kepada hubungan dengan negara sosialis yang lain, di samping berusaha mengembangkan hubungan dengan parti pemerintah negara-negara jiran bagi memastikan suasana pembangunan yang aman dan stabil. Selain itu, memperkasakan hubungan dengan parti politik utama negara maju dan negara ekonomi baru muncul juga antara usaha penting bagi meneroka lagi kerjasama dan menyediakan asas politik yang kukuh kepada perkembangan hubungan dua hala. Tambah beliau, Parti Komunis China juga aktif mengambil bahagian dalam mekanisme interaksi pelbagai hala termasuk Persidangan Antarabangsa Parti Politik Asia dan Forum Peringkat Tinggi Parti Politik China-Eropah.

Menurut beliau, interaksi dengan dunia luar juga membantu Parti Komunis China dan anggotanya meluaskan pandangan dan belajar daripada pengalaman pelbagai negara lain khususnya dalam bidang pembangunan. Hal ini amat berfaedah dalam meningkatkan kebijaksanaan anggota parti, bahkan meningkatkan kemampuan parti pada keseluruhannya dalam mentadbir negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China