Cari:
BN Sanjung Tinggi Manifesto dan Keupayaan Pentadbiran CPC
2012-10-19 15:03:23 CRI Cetak

Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China (PKC) yang akan diadakan di Beijing pada 8 November nanti telah menarik perhatian parti pelbagai negara dan media antarabangsa. Pemimpin-pemimpin gabungan parti pemerintah Malaysia, iaitu Barisan Nasional (BN) ketika diwawancara oleh wartawan CRI berpendapat bahawa kejayaan pimpinan PKC diperlihatkan melalui pencapaian besar dalam pembangunan sosioekonomi negara ini dalam tempoh 10 tahun yang lalu.

 Wartawan CRI, Sun Muning mewawancara Tengku Adnan bin Tengku Mansur

Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan bin Tengku Mansur memberitahu wartawan bahawa hubungan UMNO dengan PKC terjalin pada tahun 1974 melalui lawatan Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, Tun Abdul Razak ke China. Kata beliau,

"Selepas allahyarham YAB Tun Abdul Razak melawat China, kita menyedari bahawa China komunismenya berbeza dari apa tanggapan yang diasak khususnya oleh koloni kami dulu. Dulu kami dijajahi oleh pihak British dan asakan dalam minda kami tetapi selepas Tun Abdul Razak pergi ke China kami dapat faham bahawa komunisme sudah mulai berubah dan tidak juga boleh pertahankan apa yang mereka lakukan waktu dulu dan kami akan bersama-sama dengan Parti Komunis China dan parti-parti yang lain kalau pun mereka bermirip kepada komunisme".

Kini, mekanisme pertukaran lawatan tahunan antara UMNO dengan PKC telah dibentuk. Kedua-dua parti ini dapat saling mempelajari pengalaman dalam bidang pembangunan parti dan pentadbiran negara, sekali gus menggalakkan perkembangan hubungan yang baik antara kedua-dua parti.

Tengku Adnan yang juga selaku Setiausaha Agung BN turut menyatakan bahawa beliau amat kagum melihat PKC dapat membangunkan negara dengan amat berjaya dalam tempoh 10 tahun yang lalu.

"Saya kagum melihat bahawa PKC dapat membangunkan negara yang begitu besar yang berbilang etnik dapat mencapai pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan dan China melalui PKC menjadi World Economic Power pada hari ini. Saya mengucapkan syabas kepada PKC yang dapat mentadbirkan negara yang begitu besar yang kompleks dan saya berkeyakinan China akan bergerak dengan lebih maju dan akan mencapai matlamat yang diinginkan khususnya oleh rakyatnya sendiri." Kata beliau.

 Wartawan CRI, Sun Muning mewawancara Dato Chua Soi Lek

Pengerusi Persatuan Cina Malaysia (MCA), Dato Chua Soi Lek menyatakan kepada wartawan CRI bahawa walaupun dalam tempoh krisis kewangan global semasa, China masih dapat mengekalkan pertumbuhan pada kadar 7 hingga 8 peratus. Hal ini menggambarkan kejayaan PKC berkat manisfesto dan keupayaan pentadbirannya yang terbukti cemerlang.

Dato Chua Soi Lek berkata, "Kita buat perbandingan antara pembangunan China dan negara-negara yang maju tidak dapat dinafikan dalam 10 tahun ini China dapat membangun dalam keadaan penuh keharmonian."

Tidak seperti kaedah pembangunan negara Barat, PKC menekankan pembangunan secara damai. Manifesto ini telah mendapat pujian ahli-ahli politik Malaysia. Tengku Adnan menganggap bahawa pembangunan yang damai di China dalam tempoh 10 tahun yang lalu merupakan tunggak kestabilan serantau bahkan dunia. Beliau turut membantah teori "ancaman China". Kata beliau, "Mereka (China) tidak lagi perlu untuk mengangkat senjata dan berperang ataupun bergaduh dengan mana-mana pihak kerana mereka telah dapat mengukuhkan ekonomi mereka dan pengukuhan ini dapat membantu dan sedikit sebanyak boleh menjadikan sebagai satu kaedah yang boleh mempengaruhi negara lain."

Kedua-dua pemimpin Malaysia tersebut menganggap bahawa pemimpin generasi baharu China akan terus menjunjung dasar yang sedia ada. Pada masa yang sama, hubungan persahabatan antara kalangan politik Malaysia dengan kerajaan China dan PKC akan terus berkembang. Berkat hubungan yang baik ini, kedua-dua pihak akan berganding bahu untuk mengatasi cabaran dalam situasi antarabangsa yang rumit, serta mencapai faedah bersama dan mewujudkan situasi "menang-menang" pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China