Cari:
Laos Tumpukan Kongres Kebangsaan Ke-18 PKC
2012-11-02 12:46:49 CRI Cetak

Sempena Kongres Kebangsaan Ke-18 Parti Komunis China (PKC), Naib Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan Laos, Savankhone Lasamoundi ketika diwawancara oleh wartawan CRI menyatakan bahawa Laos amat memberikan perhatian kepada panduan dan dasar yang akan dibentangkan dalam kongres tersebut dan yakin pemimpin baharu China dapat membimbing negara dalam memainkan peranan yang lebih besar dalam komuniti antarabangsa.

Beliau yang sudah lama mengikuti perkembangan China dan telah berkali-kali melawat ke negara ini berpendapat, "PKCmerupakan sebuah parti yang terbuka dan sanggup bekerjasama dengan semua negara bersahabat. Interaksi dan pertukaran berkala membantu negara-negara di dunia mengenali China yang dipimpin PKC."

Menurutnya, Laos memberikan perhatian khusus terhadap pemilihan kumpulan pemimpin baharu dalam Kongres Kebangsaan PKC kali ini. Tambah beliau, kongres ini akan membuka mata dunia kepada pencapaian PKC dalam tempoh 10 tahun lalu, bahkan hala tujunya untuk tempoh 10 tahun akan datang. Katanya, "Pemilihan kumpulan pe mimpin PKC yang baharu menjadi tumpuan perhatian kami. Di samping itu, kami juga ingin fokus kepada panduan dan dasar China untuk menghadapi masalah dalam proses globalisasi, serta pendekatan PKC untuk membimbing China agar terus memainkan peranan yang penting dalam komuniti antarabangsa."

Menurut Savankhone Lasamoundi, beliau sendiri merasai kemeriahan suasana menjelang berlangsungnya Kongres Kebangsaan ke-18 PKC sewaktu melawat Beijing. Beliau yakin, di bawah pimpinan pemimpin yang baharu, China nescaya dapat mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Katanya, "Dalam lawatan ke Beijing kali ini, saya memang merasai sendiri suasana meriah sempena Kongres Kebangsaan ke-18 PKC. Kami amat menanti-nantikan kongres ini, dan yakin pemimpin China yang baharu tentu dapat memimpin China mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Kami berharap China dapat terus memainkan peranan yang lebih besar dalam hal ehwal serantau dan dunia."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China