Cari:
Penyertaan Kedua Perwakilan Muda dalam Kongres Kebangsaan PKC
2012-11-05 15:32:44 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Golongan muda China yang lahir pada tahun 1980-an merupakan generasi yang lahir selepas dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan. Mereka mendewasa seiring dengan kepesatan pertumbuhan ekonomi dan transformasi sosial. Meskipun golongan tersebut dibesarkan dalam suasana yang bahagia, namun pada masa yang sama, mereka terpaksa menanggung tekanan yang besar. Pada lima tahun yang lalu, wakil-wakil yang lahir pada tahun 1980-an telah buat pertama kalinya menghadiri Kongres Kebangsaan Parti Komunis China (PKC) ke-17. Dalam Kongres Kebangsaan PKC ke-18, terdapat sekurang-kurangnya 36 orang wakil generasi tersebut. Mereka ini telah menjadi anggota badan kepimpinan tertinggi PKC.

Pada bulan Jun tahun ini, Xing Lei yang dilahirkan pada tahun 1986 telah dipilih sebagai wakil Kongres Kebangsaan PKC ke-18. Dalam Kongres Kebangsaan yang bakal diadakan pada 8 November ini, lebih 2,200 orang wakil akan bersama-sama berbincang dan membuat keputusan mengenai isu-isu penting yang memberi kesan besar kepada pembangunan China dan PKC pada masa depan. Transformasi Xing Lei daripada seorang lulusan universiti menjadi wakil Kongres Kebangsaan PKC berlaku dalam tempoh masa yang singkat, iaitu hanya empat hingga lima tahun.

Selepas tamat pengajian, beliau menduduki peperiksaan pemilihan pegawai kampung dan berjaya menjadi pegawai di kampung Sanwan, kaunti Yongxin, provinsi Jiangxi. Di kampung yang terletak di kawasan pergunungan yang terpencil dan miskin itu, beliau banyak menimba pengalaman yang tidak dapat diperoleh daripada buku sekolah.

Pada tiga tahun yang lalu, Xing Lei memanfaatkan pengetahuannya untuk membantu rakyat di kampung itu menjadi kaya. Pada bulan Januari tahun 2011, kampung Sanwan dipilih sebagai "kampung bahagia China".

Menurut statistik, China mempunyai 212 ribu orang lepasan universiti yang menjadi pegawai kampung. Mereka berkhidmat di lebih satu pertiga kampung di seluruh China. Empat orang pegawai kampung lepasan universiti akan buat kali pertama menyertai Kongres Kebangsaan PKC ini. Profesor Sekolah Parti Jawatankuasa Pusat PKC, Xin Ming berkata, penyertaan generasi muda dalam arena politik China banyak kelebihannya, kerana golongan ini berwawasan, berfikiran terbuka, aktif dan mempunyai semangat perintis yang kuat.

Pemilihan wakil Kongres Kebangsaan PKC ke-18 daripada golongan yang lahir pada tahun 1980-an juga bermakna golongan tersebut kini mampu memikul tanggungjawab. Prestasi dan pencapaian mereka dalam kongres kali ini amat dinanti-nantikan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China