Cari:
Mesyuarat Persiapan Kongres Kebangsaan Ke-18 PKC
2012-11-07 18:37:37 CRI Cetak

Mesyuarat persiapan Kongres Kebangsaan Ke-18 Parti Komunis China (PKC) diadakan di Beijing petang tadi. Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Hu Jintao mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Seramai 2280 orang daripada sejumlah 2325 orang perwakilan dan perwakilan khas menyertai mesyuarat itu.

Mesyuarat telah meluluskan senarai Jawatankuasa Pemeriksaan Kelayakan Perwakilan yang terdiri daripada 22 orang dan senarai presidium kongres yang terdiri daripada 247 orang. Selain itu, Xi Jinping dilantik menjadi Ketua Setiausaha Kongres Kebangsaan Ke-18 PKC ini. Penubuhan pejabat urus setia bagi kongres dan tugasannya turut diluluskan dalam mesyuarat berkenaan.

Agenda kongres juga diluluskan dalam mesyuarat persiapan itu, iaitu mendengar dan membahaskan laporan Jawatankuasa Pusat ke-17, membahaskan Laporan Kerja Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Jawatankuasa Pusat ke-17, serta membahaskan dan meluluskan draf pindaan Perlembagaan Parti Komunis China. Jawatankuasa Pusat ke-18 dan Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat ke-18 akan turut dipilih dalam Kongres Kebangsaan ke-18.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China