Cari:
Pemimpin Asia Tenggara Beri Tumpuan Kongres Kebangsaan PKC
2012-11-08 18:30:30 CRI Cetak

Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China (PKC) dirasmikan di Beijing pagi tadi. Pemimpin negara-negara Asia Tenggara terus-menerus mengucapkan tahniah atas perasmian kongres tersebut. Mereka yakin bahawa China mampu mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dan memainkan peranan yang lebih besar di peringkat antarabangsa di bawah pimpinan pemimpin baharu PKC.

Naib Pengerusi Perhimpunan Kebangsaan Vietnam, Uong Chu Luu berkata,

"Kami menanti-nantikan kejayaan sepenuhnya Kongres Kebangsaan ke-18 PKC, dan seterusnya memberi sumbangan baharu kepada pembangunan sosialisme yang bercirikan China. Kami akan terus meningkatkan perkongsian kerjasama strategik yang menyeluruh serta hubungan kerjasama dan persahabatan kedua-dua negara."

Timbalan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan Laos, Savankhone Razmountry berpendapat, kongres ini bukan sahaja membolehkan masyarakat antarabangsa memahami perjuangan dan pencapaian PKC dalam tempoh 10 tahun yang lalu, tetapi juga menyemaikan harapan baharu terhadap pemimpin PKC yang baharu.

Setiasuaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansur menyatakan bahawa sebagai pemimpin gabungan parti pemerintah Malaysia, beliau amat menghargai pencapaian PKC dalam bidang tadbir urus negara dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Beliau berkata,

"Saya amat kagum dan bangga melihat PKC dapat membangunkan negara yang begitu besar yang berbilang etnik sehingga mencapai pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan. China melalui usaha PKC telah menjadi kuasa ekonomi yang penting di dunia. Saya mengucapkan syabas kepada PKC kerana dapat mentadbir negara yang begitu besar yang kompleks dan mempunyai berbagai-bagai masalah yang rumit dan mereka masih mengamalkan sistem komunisme yang terpimpin. Saya berkeyakinan dengan sistem yang mereka adakan ini, iaitu Sistem Satu Parti. China akan bergerak dengan lebih maju dan akan mencapai matlamat pembangunan yang diinginkan khususnya oleh rakyatnya sendiri."

Duta Besar Indonesia ke China, Imron Cotan menyatakan bahawa pembangunan China yang cemerlang dicapai dengan mematuhi prinsip membangun secara damai. Tiada sebarang negara lain di dunia yang lebih menghargai keamanan dan kestabilan daripada China. Beliau berkata,

"Barangkali ada satu atau dua negara yang menyifatkan China sebagai suatu ancaman, tetapi pada pandangan saya, tanggapan ini tidak berasas. Kita harus ingat bahawa China juga memerlukan suasana yang aman dan stabil untuk memantapkan arena politik, sosial dan ekonominya. Jadi, apakah perlu ditanya sama ada persekitaran yang bergolak bersesuaian dengan kepentingan China? Jawapannya sudah tentu tidak. Bagi Indonesia, China bukan cabaran atau pun ancaman, tetapi suatu peluang. "

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China