Cari:
Kongres Kebangsaan PKC Jadi Tumpuan Dunia
2012-11-08 15:57:24 CRI Cetak

Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China (PKC) yang dirasmikan hari ini menjadi tumpuan seluruh dunia. Masyarakat antarabangsa menganggap kongres kali ini sebagai panduan bagi hala tuju pembangunan China pada masa hadapan.

Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) dalam rencana di laman sesawangnya baru-baru ini mengatakan bahawa pertumbuhan ekonomi China meningkat pesat dalam tempoh 30 tahun lalu. Kadar peningkatan tahunannya mencecah kira-kira 10%. Prestasi seumpama itu bergantung besar kepada dasar kerajaan China. Pembangunan China turut mempengaruhi hala tuju pembangunan dunia.

Akhbar Malaysia, Chinapress dalam rencananya mengatakan bahawa kongres kali ini akan meneliti situasi semasa pembangunan dunia dan China serta akan turut memberi kesan kepada aliran pembangunan China.

Akhbar Lianhe Zaobao Singapura pula berkata, trend pembaharuan China telah menjadi topik hangat yang diulas dan dianalisis oleh pendapat umum tempatan dan luar negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China