Cari:
Mesyuarat Pertama Presidium Kongres Kebangsaan ke-18 PKC
2012-11-08 09:06:51 CRI Cetak

Mesyuarat pertama presidium Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China (PKC) berlangsung di Dewan Besar Rakyat, Beijing petang semalam.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Hu Jintao mempengerusikan mesyuarat itu dan menyampaikan ucaptama.

Ketua Setiausaha Kongres Kebangsaan ke-18, Xi Jinping menerajui pemilihan ahli jawatankuasa tetap presidium yang terdiri daripada 41 orang.

Mesyuarat telah meluluskan laporan Jawatankuasa Pemeriksaan Kelayakan Perwakilan mengenai 2,270 perwakilan di seluruh negara, termasuk dua orang perwakilan yang meninggal dunia selepas senarai diumumkan. Oleh itu, hanya 2,268 orang perwakilan akan menghadiri kongres ini.

Mesyuarat juga meluluskan draf pendekatan pemilihan Kongres Kebangsaan ke-18 PKC.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China