Cari:
Kongres Kebangsaan ke-18 PKC Dirasmikan
2012-11-08 10:12:53 CRI Cetak

Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China (PKC) dirasmikan di Dewan Besar Rakyat, Beijing pagi tadi. Hu Jintao, Jiang Zemin, Wu Bangguo, Wen Jiabao, Jia Qinglin, Li Changchun, Xi Jinping, Li Keqiang, He Guoqiang dan Zhou Yongkang, bersama-sama dengan lebih daripada 2,300 perwakilan dan delegasi-delegasi khas hadir pada majlis perasmian kongres.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Hu Jintao membentangkan laporan Jawatankuasa Pusat ke-17 dalam kongres ini. Menurut laporan itu, PKC akan terus membangunkan sosialisme yang bercirikan China.

Kongres Kebangsaan dan Jawatankuasa Pusat merupakan badan pimpinan tertinggi PKC. Kongres Kebangsaan diadakan lima tahun sekali. PKC kini dianggotai seramai lebih 80 juta orang. Antara lebih 2,200 perwakilan dalam kongres kali ini, kebanyakan mereka menganggotai PKC selepas dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan pada tahun 1978.

Menurut agenda kongres selama tujuh hari ini, para perwakilan akan mendengar dan membahaskan laporan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat, meluluskan draf pindaan Perlembagaan PKC, dan membahaskan Laporan Kerja Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Jawatankuasa Pusat ke-17. Jawatankuasa Pusat ke-18 dan Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat ke-18 akan turut dipilih dalam Kongres Kebangsaan ke-18 ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China