Cari:
Wakil PKC Bahaskan Laporan Hu Jintao
2012-11-09 15:41:23 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Hu Jintao dalam upacara perasmian Kongres Kebangsaan ke-18 PKC membentangkan laporan bahawa "jalan sosialisme bercirikan China, teori sosialisme bercirikan China dan sistem sosialisme yang bercirikan China merupakan hasil perjuangan dan pembangunan parti dan rakyat selama 90 tahun. Ini mesti dihargai, dikekalkan dan dikembangkan."

Wakil parti, Li Mingxing dari Persatuan Korporat berkata, mengekalkan keadilan masyarakat, dan menjayakan keharmonian sosial merupakan intipati sosialisme yang bercirikan China.

Song Changmei, wakil parti dari golongan petani berkata, jumlah pendapatan golongan petani terus bertambah berikutan peningkatan pertumbuhan ekonomi negara. Golongan petani akan berusaha membangunkan perkampungan yang lebih indah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China