Cari:
Pelbagai Parti di China Ucapkan Tahniah kepada PKC
2012-11-10 15:53:46 CRI Cetak

Jawatankuasa Pusat pelbagai parti di China dan Persekutuan Industri dan Perniagaan Kebangsaan China telah mengirim perutusan tahniah kepada Parti Komunis China (PKC) atas berlangsungnya Kongres Kebangsaan ke-18 PKC.

Jawatankuasa Pusat Jawatankuasa Revolusi Kuomintang China, Jawatankuasa Pusat Liga Demokrasi China, Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Pembinaan Negara Demokrasi China, Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Pendorong Demokrasi China, Jawatankuasa Pusat Parti Demokratik Petani dan Pekerja China, Jawatankuasa Pusat Parti Zhi Gong China, Jawatankuasa Pusat Persatuan Jiu San China, dan Jawatankuasa Pusat Liga Autonomi Demokratik Taiwan telah mengirim perutusan tahniah kepada Parti Komunis China dan menyatakan Kongres Kebangsaan Ke-18 PKC merupakan sidang penting semasa pembangunan masyarakat makmur China secara menyeluruh. Sehubungan dengan itu, sidang ini pasti akan mendorong proses pembangunan ini dan akan memberi pengaruh yang besar dan mendalam terhadap pengembangan sosialisme yang bercirikan China.

Persekutuan Industri dan Perniagaan Kebangsaan China dalam pertutusan tahniah menyatakan bahawa kongres kali ini memandu hala tuju perkembangan PKC dan pembangunan negara pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China