Cari:
Laporan Hu Jintao Mendapat Sambutan Rakyat
2012-11-10 15:55:05 CRI Cetak

Kongres Kebangsaan Ke-18 Parti Komunis China (PKC) dirasmikan pada 8 November lalu. Rakyat pelbagai tempat telah menonton dan mendengar laporan yang dibuat Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Hu Jintao dalam sidang tersebut. Mereka menyatakan ekonomi China berkembang pesat, usaha kebajikan rakyat kian meningkat, kedudukan negara di arena antarabangsa juga semakin tinggi dalam tempoh 10 tahun lalu. Rakyat seluruh negara bersatu padu dan berusaha bersama, sasaran membangunkan masyarakat makmur pasti akan dicapai.

Ahli Persatuan Sukarelawan Perlindungan Alam Sekitar China, warga penduduk bandar Guangzhou, Zhang Wenxia berasa terharu apabila mendengar laporan Hu Jintao yang menyebut "berusaha membina China yang indah pemandangannya". Beliau berkata, masalah perlindungan alam sekitar masih wujud dalam perkembangan masyarakat sekarang ini. Seperti matlamat baharu dalam laporan tersebut, sekiranya rakyat hidup dalam persekitaran yang selesa, rakyat pasti akan berasa bangga terhadap tanah air dan mengamalkan kehidupan yang sejahtera.

Laporan Hu Jintao telah membentangkan cetak biru perkembangan negara pada masa depan. Ini telah membangkitkan semangat rakyat pelbagai tempat di China. Lan Zhouda, mahasiswa dari Universiti Tsinghua menyatakan prospek dan rancangan untuk masa depan negara China yang ditunjukkan dalam laporan tersebut sungguh memberangsangkan semangat. Beliau sebagai ahli Parti Komunis China dan seorang mahasiswa akan mencurahkan tenaga ke dalam pembangunan negara.

Ketua Kaunti Weining di provinsi Guizhou, Chen Bo menyatakan menurut laporan Hu Jintao, sokongan terhadap kawasan miskin dan etnik minoriti akan terus ditingkatkan. Ini telah merangsang keyakinan penduduk tempatan supaya terus berusaha untuk mengurangkan kemiskinan dan memperbaiki kehidupan rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China