Cari:
Yang Jiechi: Konsep "Zero Sum" dan Fahaman "Perang Dingin" Perlu Dihapuskan
2012-11-10 18:23:40 CRI Cetak

Menteri Luar China, Yang Jiechi menyatakan konsep "zero sum" dan fahaman "Perang Dingin" perlu dihapuskan dalam mengembangkan hubungan dua hala China-A.S..

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan pada hari terbuka badan kerajaan pusat semasa Kongres Kebangsaan Ke-18 Parti Komunis China semalam.

Menurut beliau, hubungan China-A.S. antara hubungan dua hala yang paling penting di dunia. China berusaha untuk memelihara hubungan ini yang sihat dan stabil. Kata beliau, pilihan raya Presiden A.S. baru berakhir, dan Barack Obama dipilih semula untuk menjawat presiden. China berharap hubungan kedua-dua negara ini dapat dimajukan lagi.

Beliau menegaskan China dan A.S. telah mencapai persepakatan untuk mengekalkan hubungan rakan kerjasama yang saling menghormati dan menguntungkan. Oleh itu, konsep "zero sum" dan fahaman "Perang Dingin" perlu dihapuskan dalam hubungan ini.

Ketika ditanya tentang perselisihan kedaulatan antara China dengan negara-negara terlibat, Yang Jiechi menyatakan China bersedia menjalankan penerokaan bersama sebelum isu kedaulatan diselesaikan melalui rundingan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China