Cari:
Tokoh-Tokoh Asia Tengara Puji Pembangunan China
2012-11-11 14:56:35 CRI Cetak

Tokoh-tokoh pelbagai kalangan masyarakat di negara-negara Asia Tenggara memberikan pujian kepada kemajuan pembangunan China dalam tempoh 10 tahun lalu serta sumbangan negara ini terhadap ekonomi dunia.

Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Filipina di China, Alex Chua dalam temu bual bersama wartawan CRI baru-baru ini berkata, China telah mencapai pembangunan yang amat besar dibawah pimpinan Parti Komunis China, khususnya negara ini telah berjaya menampilkan diri sebagai kuasa ekonomi yang kedua terbesar di dunia. Di samping itu, taraf hidup rakyatnya juga meningkat dari semasa ke semasa. Hal ini boleh dilihat dengan perkhidmatan yang cukup baik yang disediakan kepada rakyat dalam pelbagai bidang, termasuk pendidikan, perubatan, pengangkutan dan telekomunikasi.

"Harian Sin Chew" Malaysia dalam ulasannya pada 9 November lalu menyatakan, kemajuan besar yang dicapai China dalam tempoh 10 tahun lepas telah mengetengahkan negara ini di pentas masyarakat antarabangsa. China kini memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi global pada kadar 20%.

Pengerusi Majlis Hal-ehwal Dunia Indonesia, Yusuf berkata, dasar pembaharuan dan pintu terbuka yang diamalkan China dalam tempoh 30 tahun yang lalu menjadi peneraju kepada pertumbuhan ekonomi Asia. Konsep pintu terbuka ini bukan sahaja penting bagi China, malah menjadi teladan kepada negara-negara ASEAN.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China