Cari:
China akan Terus Membuka Pasaran Radio, Filem dan Televisyen kepada Luar
2012-11-11 17:22:36 CRI Cetak

China akan terus meningkatkan tahap pintu terbuka dalam bidang radio, filem dan televisyen pada masa akan datang. Demikian dinyatakan oleh Naib Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Am Radio, Filem dan Televisyen Negara, Tian Jin semasa menjawab pertanyaan wartawan dari Universal Paean International Media Group Australia dalam sidang media sempena Kongres Kebangsaan Ke-18 Parti Komunis China (PKC) di Beijing hari ini.

Tian Jin berkata bahawa pihaknya mengutamakan kerjasama dan interaksi dengan stesen radio dan televisyen Australia. Kini, Radio Antarabangsa China (CRI) telah menjalinkan hubungan kerjasama yang amat baik dengan Stesen Radio 3CW Melbourne. Kerjasama ini membolehkan program radio CRI yang memperkenalkan China dari segi politik, ekonomi, kebudayaan dan masyarakat dapat disiarkan menerusi stesen radio Australia tersebut.

Menurut beliau, penyiaran program radio dan televisyen serta karya filem antara kaedah yang amat berkesan dalam penyebaran maklumat dan ia memainkan peranan yang positif untuk meningkatkan persefahaman rakyat kedua-dua negara. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China