Cari:
Mesyuarat Kedua Presidium Kongres Kebangsaan ke-18 PKC
2012-11-11 14:19:04 CRI Cetak

Mesyuarat kedua presidium Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China (PKC) berlangsung di Dewan Besar Rakyat, Beijing petang semalam.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Hu Jintao mempengerusikan mesyuarat itu.

Ketua Setiausaha Kongres Kebangsaan ke-18, Xi Jinping memberikan taklimat tentang senarai calon Jawatankuasa Pusat ke-18 dan Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat ke-18. Senarai tersebut akan dibentangkan kepada delegasi-delegasi perwakilan untuk dibincangkan.

Dalam pada itu, mesyuarat turut menyerahkan draf-draf resolusi tentang laporan Jawatankuasa Pusat ke-17, laporan kerja Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat ke-17, serta pindaan Perlembagaan PKC untuk dibincangkan pelbagai delegasi.

Selain itu, kaedah pemilihan kongres kebangsaan kali ini serta senarai pengawas pemilihan dan ketuanya turut diluluskan dalam mesyuarat kedua presidium tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China