Cari:
Filem Tempatan China Diseru Tingkatkan Daya Saing
2012-11-12 14:40:08 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Filem tempatan China patut mempertingkatkan daya saing berikutan pasaran filem tempatan menurun secara mendadak sekali gus menyebabkan dominasinya di pasaran tergugat.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Am Radio, Filem dan Televisyen Negara China (SARFT), Tian Jin berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai masalah pasaran filem China dewasa ini dalam sidang akhbar di Pusat Media Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China (PKC) semalam.

Beliau memaklumkan bahawa 638 buah filem tempatan diterbitkan pada bulan Januari hingga akhir bulan Oktober tahun ini, dengan hasil kutipan jualan tiket mencecah RMB13.272 bilion, iaitu meningkat sebanyak 40% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Namun begitu, pasaran filem China hanya menduduki 41.4% dalam pasaran keseluruhan filem di China.

Tian berkata, situasi itu berlaku akibat peningkatan kemasukan filem asing ke China. Oleh itu, filem tempatan China harus berusaha lebih untuk mempertingkatkan daya saing.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China