Cari:
China Bakal Jadi Negara Kebudayaan yang Ulung
2012-11-12 15:26:09 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sejak Kongres Kebangsaan ke-16 Parti Komunis China (PKC) pada tahun 2002, China berjaya membangunkan kebudayaan sosialisme yang bercirikan China. Di bawah pimpinan Kongres Kebangsaan ke-18 PKC, perjuangan membangunkan kebudayaan China tetap berdasarkan sosialisme yang bercirikan China sehingga menjadikan China negara yang ulung dari aspek kebudayaan.

Demikian dinyatakan oleh Naib Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Jawatankuasa Pusat PKC, Sun Zhijun ketika menjelaskan keadaan pembaharuan sistem kebudayaan dan pembangunan sistem perkhidmatan kebudayaan awam China kepada lebih 300 orang wartawan China dan luar negara dalam sidang akhbar di Pusat Media Kongres Kebangsaan ke-18 PKC petang semalam.

Naib Menteri Kebudayaan China, Zhao Shaohua berkata, pembaharuan sistem berkaitan dalam bidang kebudayaan terus dipertingkatkan manakala pengawalseliaan pasaran kebudayaan semakin cekap dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Am Radio, Filem dan Televisyen Negara China (SARFT), Tian Jin berkata industri radio dan perfileman yang semakin berkembang dalam tempoh sepuluh tahun lalu memangkin integrasi perkhidmatan kebudayaan awam antara bandar dan luar bandar. Taraf teknologi dan kemampuan inovasi meningkat dengan banyak.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Am Penerangan dan Penerbitan China (GAPP), Jiang Jianguo memaklumkan bahawa banyak karya yang ulung diterbitkan dengan bantuan tabung penerbitan negara pada tahun-tahun kebelakangan ini. Selain itu, masalah kesukaran rakyat di kawasan etnik untuk mendapatkan bahan bacaan telah diselesaikan secara berperingkat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China