Cari:
Cara Pemikiran Politik China
2012-11-12 13:43:49 CRI Cetak

Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China (PKC) dan kempen pilihan raya presiden A.S. yang diadakan pada tarikh yang hampir sama baru-baru ini memang wajar mendapat perhatian umum. Bahkan, sesetengah sarjana dalam bidang penyelidikan politik telah mengambil kesempatan itu untuk membuat perbandingan antara sistem pilihan raya dan sistem politik kedua-dua negara tersebut.

Secara objektifnya, China dan A.S. adalah dua entiti ekonomi terbesar di dunia. China merupakan negara membangun yang paling besar, manakala A.S. adalah negara yang paling maju. Sistem politik kedua-dua negara ini amat berbeza dengan kelebihan masing-masing. Disebabkan kelebihan itulah, ekonomi China dapat berkembang pesat, wajah negara berubah dengan besar dan kehidupan rakyat diperbaiki dalam tempoh lebih 30 tahun lalu.

Perkembangan pesat China yang digelar sebagai "keajaiban China" bukan sahaja hasil daripada pelaksanaan dasar pembaharuan ekonomi dan pintu terbuka, tetapi juga bergantung pada pembaharuan sistem politik serta penyempurnaan sistem demokrasi dan perundangan secara berterusan. Bagi rakyat China, pembangunan sesebuah negara tidak boleh langsung meniru corak negara lain, manakala politik dan demokrasi boleh diamalkan dalam pelbagai bentuk. Setiap negara sepatutnya memilih sistem sosial dan corak pembangunan politik dan demokrasi berdasarkan keadaan negara sendiri.

Di China, PKC telah menggabungkan kaedah "demokrasi secara perwakilan" dengan "demokrasi secara berunding" untuk membentuk sebuah sistem demokrasi rakyat. Konsep "demokrasi secara berunding" tidak ada dalam sistem demokrasi negara Barat.

Perlu diakui, sistem politik dan demokrasi China masih berada pada peringkat pembangunan, dan perlu terus diperbaiki sehingga benar-benar mantap dan sempurna. Pada masa yang sama, pucuk pimpinan tertinggi PKC bersikap tegas dalam perkara ini. Hal ini jelas diperlihat daripada laporan Kongres Kebangsaan ke-18, iaitu China mesti berkembang mengikut jalan sistem politik dan demokrasi sosialis, kerana jalan itu telah membawa banyak prospek kepada negara ini.

Sistem politik China dan kejayaan pembaharuannya semakin mendapat pujian daripada negara lain, dan langkah-langkah pragmatik dan berkesan yang diambil untuk mengatasi krisis kewangan global telah mendapat sambutan di arena antarabangsa. Sebaliknya, kelemahan sistem politik negara Barat semakin jelas kelihatan terutamanya dalam krisis kewangan itu.

Tidak ada suatu model sistem politik cukup sempurna dan bersesuaian dengan semua negara. Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Hu Jintao dalam laporannya menegaskan bahawa China sama sekali tidak akan mengamalkan sistem politik negara Barat. Namun, China akan secara aktif mencontohi pencapaian tamadun politik manusia. Boleh dikatakan PKC akan terus mengamalkan sistem politik sosialisme yang bercirikan China.

China berhasrat untuk mengembangkan sistem politik berdasarkan sejarah dan budaya tradisi, bersesuaian dengan keadaan negara sendiri dan menonjolkan ciri-ciri China, di samping menyesuaikan diri dengan arus zaman dan mempelajari daripada kelebihan negara lain. Inilah yang dikatakan cara pemikiran politik China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China