Cari:
Pembangunan Sosialisme yang Bercirikan China Bawa Makna Penting
2012-11-12 15:32:02 CRI Cetak

Sempena Kongres Kebangsaan Ke-18 Parti Komunis China (PKC) diadakan di Beijing sekarang, tokoh pelbagai lapisan masyarakat dan pihak media negara-negara Asia Tenggara menganggap bahawa tekad China untuk terus menjunjung sistem sosialisme yang bercirikan China amat bererti bagi pembangunannya sendiri, pada masa yang sama juga akan melahirkan pengaruh yang besar kepada kedamaian dan pembangunan dunia.

Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Laos, Puan Khemmani Pholsena ketika diwawancara wartawan CRI di Vientiane menyatakan bahawa beliau telah mendapat tahu bahawa China akan terus mengamalkan sistem sosialisme yang bercirikan China setelah memberikan perhatian kepada laporan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Hu Jintao. Kata beliau,

"Kongres Kebangsaan ke-18 PKC bukan sahaja peristiwa politik yang penting bagi China, bahkan amat bererti bagi seluruh dunia. Kongres ini mendapat perhatian pelbagai negara. Saya pun telah mendengar laporan yang disampaikan oleh Hu Jintao. Laporan itu yang menghuraikan pencapaian PKC dalam tempoh 10 tahun yang lalu, khususnya lima tahun selepas Kongres Kebangsaan Ke-17 PKC, telah menegaskan China akan mengekalkan pembangunan sosialisme yang bercirikan China, teori Deng Xiaoping dan Tiga Perwakilan serta konsep pembangunan negara secara saintifik. Selain itu, saya amat prihatin terhadap komitmen PKC untuk meningkatkan pendapatan dan mengutamakan kesejahteraan rakyat. Pencapaian China telah membuktikan keunggulan sistem sosialisme."

Pakar isu China Universiti Chulalongkorn Thailand, Korsak Thamcharoenkij ketika membicarakan kandungan laporan Kongres Kebangsaan ke-18 PKC telah fokus kepada usaha PKC untuk membangunkan masyarakat kaya dengan menyeluruh, meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan pendapatan per kapita penduduk sebanyak sekali ganda menjelang tahun 2020 berbanding dengan tahun 2010 serta memastikan hasil pembangunan dinikmati dengan lebih banyak dan lebih adil oleh semua rakyat. Kata beliau,

"Selepas dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan di China, tumpuan negara itu beralih kepada usaha pembangunan ekonomi bagi mencapai pertumbuhan yang pesat. Namun, ini turut menimbulkan banyak masalah termasuk jurang antara golongan kaya dengan miskin serta pembangunan yang tidak seimbang. Saya yakin masalah ini tentu akan diselesaikan dalam proses pembangunan sosioekonomi."

Ketua Jabatan Perhubungan Luar Parti Demokrat Indonesia, Kastorius Sinaga ketika diwawancara oleh wartawan CRI berkata,

"Pada masa ini, China semakin berkeyakinan diri baik dalam bidang ekonomi mahupun dalam pengendalian hal ehwal antarabangsa. China memainkan peranan yang semakin penting di Asia dan juga dunia. Selain itu, China memelihara hubungan yang rapat dan baik dengan Indonesia dan negara anggota ASEAN lain. Saya rasa, kerjasama antara ASEAN dengan China seharusnya dipertingkat untuk bersama-sama menggalakkan pembangunan ekonomi dan membasmi kemiskinan di rantau ini."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China