Cari:
Hu Jintao, Xi Jinping Temui Perwakilan Kongres Kebangsaan ke-18 PKC
2012-11-16 11:58:28 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Presiden China, Hu Jintao dan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang baharu merangkap Pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat PKC, Xi Jinping bersama-sama dengan anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat ke-17 PKC yang lain, Wu Bangguo, Jai Qinglin, Li Changchun, He Guoqiang dan Zhou Yongkang serta anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat ke-18 PKC yang lain, Li Keqiang, Zhang Dejiang, Yu Zhengsheng, Liu Yunshan, Wang Qishan dan Zhang Gaoli, mengadakan pertemuan dengan perwakilan Kongres Kebangsaan ke-18 PKC di Dewan Besar Rakyat petang semalam.

Dalam pertemuan tersebut, Hu menyatakan bahawa Kongres Kebangsaan ke-18 PKC mencapai kejayaan sepenuhnya melalui usaha bersama semua perwakilan. Beliau menyeru seluruh anggota Parti, angkatan tentera dan rakyat pelbagai etnik meneruskan perjuangan sosialisme yang bercirikan China, membebaskan minda, melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, serta menggembleng tenaga untuk mewujudkan masyarakat maju.

Xi berkata, barisan pemimpin yang diketuai Hu menunjukkan keperibadian mulia dan sikap dedikasi mereka. Mereka merupakan teladan bagi barisan pemimpin baharu yang mesti melaksanakan semangat kongres dan bersatu padu menyumbang kepada pewujudan masyarakat maju.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China