Cari:
FIFA Gantung Keanggotaan Thailand
2013-06-20 14:34:28 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Menurut media Thailand, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mempertimbangkan untuk menggantung sementara keanggotaan Thailand berikutan kemungkinan Persatuan Bola Sepak Thailand tidak melaksanakan peraturan yang baharu kerana wujud perselisihan.

Presiden Persastuan Bola Sepak Thailand yang juga ahli eksekutif FIFA, Worawi Makudi akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 23 Jun nanti. Persastuan Bola Sepak Thailand merancang mengadakan pengundian untuk meluluskan peraturan baharu yang selaras dengan peraturan FIFA dan memilih presiden yang baharu. Namun pengundian itu terpaksa ditangguhkan ekoran perselisihan sehingga Persastuan Bola Sepak Thailand gagal menguatkuasakan peraturan baharu mengikut jadual. FIFA berpendapat hal ini melanggar peraturan FIFA.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China