Cari:
Kesalinghubungan Rangsang Kerjasama Ekonomi China-ASEAN
2013-09-04 14:07:24 CRI Cetak

Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan (CABIS) ke-10 dirasmikan di Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China semalam. Meningkatkan kesalinghubungan dan kerjasama merupakan tema ekspo kali ini. Pakar berkenaan berpendapat bahawa kesalinghubungan dapat merangsang kerjasama ekonomi antara China dengan ASEAN, dan seterusnya memastikan perjanjian perdagangan bebas (FTA) China-ASEAN dilaksanakan sepenuhnya.

Pakar dari Institut Kajian Asia-Pasifik, Akademi Sains Sosial China, Wang Yuzhu berkata, "Kesalinghubungan merupakan penggerak yang kuat bagi kerjasama ekonomi China-ASEAN. Ia meliputi pembinaan infrastruktur, penubuhan sistem yang berkaitan dan penyelarasan."

Menurut Wang, salah satu faktor yang menjejaskan pelaksanaan perjanjian FTA ialah infrastruktur yang kurang maju. Para pemimpin dari China dan ASEAN telah berulang kali menegaskan bahawa kesalinghubungan perlu diletakkan pada kedudukan yang paling utama dalam kerjasama antara kedua-dua pihak.

Pengarah Institut Hubungan Politik dan Keselamatan, Akademi Diraja Kemboja, Em Sovannara berkata, "Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, China telah menyediakan banyak pinjaman keutamaan kepada Kemboja bagi membina infrastruktur seperti jalan raya, jambatan dan sebagainya. Langkah tersebut banyak membawa manfaat kepada penduduk di kawasan terpencil serta usahawan yang melabur di negara ini."

Penolong Menteri Perancangan dan Pelaburan Laos merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerjasama Laos-China, Vichit Sindavong berkata, "China dan ASEAN patut meningkatkan kerjasama dan mewujudkan kesalinghubungan dalam bidang infrastruktur termasuk lebuh raya, jambatan dan kemudahan komunikasi. Langkah seumpama itu akan memudahkan perdagangan, pelaburan dan pelancongan serta pertukaran lawatan dalam kalangan rakyat antara kedua-dua pihak, sekali gus mengecilkan jurang perbezaan pembangunan antara pelbagai negara berkenaan. Kesalinghubungan juga berperanan penting bagi menggalakkan penubuhan Komuniti ASEAN menjelang tahun 2015."

Profesor ilmu sains politik dari Universiti Ateneo de Manila, Richard Javad Heydarian pula berkata, "Masa depan China amat penting bagi pembangunan ASEAN. Pembangunan China akan menguntungkan semua negara ASEAN."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China