Perdana Menteri Li Keqiang meluahkan harapannya agar China dan 16 buah negara Eropah Tengah dan Timur harus meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang pada masa depan.
Li dilaporkan akan menghadiri Pertemuan Pemimpin China-Eropah Tengah dan Timur serta upacara perasmian forum ekonomi dan perdagangan ke-3 di Bucharest, Romania hari ini.
Dalam pada itu, China, Hungary dan Serbia mengumumkan pembinaan projek landasan kereta api yang menghubungkan Belgrade dan Budapest.