Cari:
Empat Negara Bincang Pelan Pembangunan Koridor Ekonomi
2013-12-19 10:59:04 CRI Cetak

Mesyuarat pertama kumpulan kerja bersama berhubung koridor ekonomi China, India, Myanmar dan Bangladesh telah diadakan di Kunming China semalam. Wakil keempat-empat negara telah membincangkan isu pembinaan koridor ekonomi termasuk kaedah kerjasama, bidang kerjasama utama dan mekanisme koridor itu.

Dalam mesyuarat yang berlangsung selama dua hari itu, para peserta meninjau kembali kerjasama serantau antara kempat-empat negara tersebut dan memberikan pandangan mengenai prospek, cabaran, sasaran, bidang kerjasama utama dan mekanisme kerjasama koridor ekonomi itu. Perbincangan juga memfokuskan kerjasama dalam bidang pembinaan infrastruktur pengangkutan, pelaburan dan perdagangan, pembasmian kemiskinan dan pertanian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China