Cari:
China dan Rusia Tingkatkan Kerjasama
2015-11-16 14:09:39 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping menemui Presiden Rusia, Vladimir Putin di Antalya, Turki semalam.

Presiden Xi menegaskan bahawa ekonomi China dan Rusia saling melengkapi dan potensi perdagangan antara kedua-dua negara juga amat besar.

Kedua-dua negara perlu berusaha meningkatkan taraf perdagangan, di samping meneroka kerjasama dalam bidang kewangan, insurans dan pembangunan kawasan Timur Jauh.

Beliau menegaskan, China bersedia untuk berusaha bersama-sama dengan Rusia bagi menjalinkan kerjasama dan penyelarasan dalam pembangunan "Jalur dan Laluan" (B&R) dengan Kesatuan Ekonomi Eurasia.

Putin pula menyatakan bahawa Rusia dan China akan mempergiat pertukaran dan kerjasama dalam bidang perdagangan, sumber tenaga, tenaga nuklear, industri kimia, teknologi tinggi, kewangan dan sosiobudaya.

Rusia menyokong penyelarasan pembangunan Kesatuan Ekonomi Eurasia dengan B&R. Rusia menyokong China sebagai negara pengerusi G20 tahun 2016 dan memainkan peranan yang lebih penting dalam kerjasama ekonomi dan kewangan antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China