Cari:
Leonardo DiCaprio Menang Trofi SAG
2016-02-01 12:04:22 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pelakon Hollywood, Leonardo DiCaprio akhirnya memenangi anugerah Screen Actors Guild yang berlangsung pada Sabtu (waktu Amerika Syarikat) bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik untuk lakonannya dalam filem The Revenant.

Kemenangan tersebut merupakan kemenangan DiCaprio yang pertama setelah dicalonkan sebanyak lapan kali sebelum ini.

Pada musim anugerah Hollywood tahun ini, DiCaprio memenangi anugerah Golden Globes dan Critics Choice Award.

Menurut laporan Vanity Fair, ramai menjangkakan bahawa ini merupakan tahun DiCaprio dan menjadi pilihan untuk memenangi Oscar yang bakal berlangsung pada 28 Februari.

Pencalonan tersebut juga merupakan pencalonan kelima DiCaprio untuk anugerah berprestij itu bagi kategori lakonan.

Beliau turut tercalon sebagai penerbit untuk filem The Wolf of Wall Street.

(sumber: Astro Awani)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China