Cari:
Serangan Bom Berani Mati di Afghanistan, 20 Maut
2016-02-02 16:55:07 CRI Cetak

Serangan bom berani mati yang berlaku di Kabul, ibu negara Afghanistan menyebabkan 20 orang terkorban, manakala 29 lagi cedera.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Afghanistan, Sediq Sediqqi mengesahkan serangan tersebut malam tadi.

Menurut saksi, seorang pengebom berani mati yang cuba untuk memecah masuk bangunan ibu pejabat polis di sempadan Afghanistan, meletupkan diri selepas disekat oleh pengawal keselamatan.

Kumpulan militan Taliban di Afghanistan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.

Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani dan Ketua Pegawai Eksekutif, Abdullah Abdullah mengecam serangan tersebut.

Dalam perkembangan lain, tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ke Afghanistan akan terus menyediakan latihan, khidmat nasihat dan bantuan kepada pasukan keselamatan Afghanistan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China