Cari:
Pengundian Pilihan Raya Iran Berakhir
2016-02-27 15:17:58 CRI Cetak

Pengundian pilihan raya Parlimen dan Majlis Syura Iran berakhir malam tadi.

Dilaporkan, selepas pusat undian dibuka pada pukul 8.00 pagi semalam (waktu tempatan), barisan panjang dapat dilihat di sana dan kira-kira 55 juta orang adalah layak mengundi.

Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei yang membuat undian di salah sebuah pusat mengundi di Teheran berkata, pilihan raya itu adalah penting dalam menentukan hala tuju negara dan menggesa orang ramai supaya keluar mengundi.

Sementara itu, Presiden Hassan Rouhani menyifatkan pilihan raya sebagai simbol kemerdekaan dan kedaulatan negara, serta berjanji melindungi undi rakyat agar pemilihan diadakan secara sah dan adil.

Sebanyak 290 kerusi Parlimen dipertandingkan pada pilihan raya kali ini, manakala pilihan raya Majlis Syura pula bakal melibatkan pemilihan 88 anggota majlis yang bertanggungjawab memilih pengganti Khamenei.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China