Cari:
China Komited Galak Perkembangan Sektor Swasta  
2016-03-15 12:41:58 CRI Cetak
Kerajaan China akan terus menggalakkan perkembangan sektor swasta di samping membentuk hubungan yang rapat dan telus dengan lingkungan perniagaan di negara ini. Demikian ditegaskan oleh Presiden China, Xi Jinping ketika menyampaikan perutusan dalam tempoh sidang tahunan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) yang diadakan di Beijing baru-baru ini. Perutusan itu dianggap membawa makna signifikan dalam menjelaskan hala tuju sektor swasta China.

Ketika menjelaskan kedudukan sektor tersebut di negara ini, Xi berkata, "Kedudukan dan peranan yang dimainkan oleh sektor swasta dalam memacu perkembangan sosioekonomi negara tidak berubah. Kerajaan akan mengekalkan dasar bagi menggalakkan, menyokong dan membimbing sektor tersebut, di samping menyediakan suasana yang bermanfaat serta peluang baharu kepada syarikat-syarikat swasta."

Sehubungan dengan itu, Pengerusi Gabungan Persatuan Industri dan Perniagaan Provinsi Zhejiang, Nan Cunhui yang juga anggota CPPCC berkata, sebagai komponen penting ekonomi, syarikat swasta memainkan peranan yang mustahak dalam usaha menaik taraf dan mentransformasi ekonomi. Perutusan Presiden Xi itu sudah pasti akan meningkatkan keyakinan usahawan di negara ini.

Kata beliau: "Presiden Xi telah menegaskan kesungguhan kerajaan untuk mengamalkan pelbagai dasar keutamaan bagi menggalakkan perkembangan syarikat swasta. Walaupun ekonomi negara ini masih mengalami turun naik buat sementara waktu, namun jika dilihat dari perspektif jangka panjang, pertumbuhan ekonomi tetap berpotensi tinggi. Syarikat-syarikat swasta perlu menggariskan cetak biru dengan konsep baharu, berdasarkan situasi semasa."

Naib Pengerusi Gabungan Persatuan Industri dan Perniagaan Provinsi Jiangsu, Yuan Yafei pula menyatakan bahawa suasana perniagaan yang amat bermanfaat telah diwujudkan dengan siri pendekatan kerajaan bagi menggalakkan perkembangan sektor swasta. Kerajaan diharapkan dapat terus mengambil inisiatif bagi membantu mengatasi pelbagai kesukaran yang dihadapi oleh sektor swasta pada masa ini, terutamanya dalam memperoleh modal dan tenaga insan, serta beban kutipan cukai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China