Cari:
China Galakkan Kepesatan Internet
2016-04-20 14:32:52 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping menggesa langkah-langkah diambil bagi memacu perkembangan Internet supaya membawa lebih banyak manfaat kepada negara dan rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada satu simposium mengenai keselamatan siber dan pusat rangkaian di Beijing semalam.

Menurut Xi, konsep pembangunan baharu yang berorientasikan inovasi, koordinasi, mesra alam, keterbukaan dan berkongsi perlu diperkenalkan untuk menggalakkan perkembangan Internet.

Mengenai pembangunan syarikat Internet dalam negeri, Xi memberikan galakkan dan sokongan sepenuhnya kepada syarikat-syarikat berkenaan menjadikan inovasi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagai matlamat utama, proaktif dalam persaingan antarabangsa dan memperluas perniagaan di pasaran luar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China