Cari:
Orang Cina Seberang Laut Diharap Terlibat Dalam Pembangunan dan Inovasi China
2016-06-03 14:24:57 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Bilangan perantau China dan orang Cina mencatat lebih 60 juta di seberang laut. Mereka diharapkan bukan sahaja dapat menjadi "reben berwarna keemasan" bagi persahabatan dan kerjasama antara China dan negara asing, malah juga dapat mengambil bahagian dalam pembangunan dan inovasi China serta menjadi "jambatan" bagi penyatuan tanah air secara damai.

Perdana Menteri China, Li Keqiang menyatakan demikian ketika bertemu dengan wakil-wakil yang menghadiri Perhimpunan Persatuan Perantau China dan Orang Cina di Seberang Laut ke-8 yang diadakan di Beijing pada 2 Jun lalu.

Perhimpunan kali ini dihadiri oleh lebih 700 orang petugas persatuan perantau China dan orang Cina daripada 136 buah negara dan kawasan di dunia. PM Li berkata, bangsa China merupakan satu keluarga yang cukup besar. Perantau China dan orang Cina yang bermastautin di luar negara bukan sahaja tidak lupa akan "akar" sendiri, malah memberi sumbangan kepada pembangunan dan pembinaan China.

PM Li mengemukakan hasratnya kepada para wakil,

"China masih merupakan destinasi pelaburan yang paling menarik di dunia sekarang dan akan mengekalkan kedudukan ini pada masa depan. Transformasi dan penaiktarafan ekonomi yang sedang dilaksanakan di China bergantung kepada reformasi dan inovasi. Perantau China dan orang Cina di seberang laut diharap menjadikan tanah air atau negara asal keluarga sendiri sebagai satu destinasi pelaburan modal, dan juga sebagai destinasi pelaburan modal insan."

PM Li berharap perantau China dan orang Cina di seberang laut sentiasa menaruh perhatian dan menyokong usaha penyatuan tanah air secara damai. Li juga menggalakkan persatuan perantau China dan orang Cina di seberang laut menyatupadukan dan menggembleng tenaga perantau China dan orang Cina untuk membina komuniti yang harmoni di luar negara, mematuhi undang-undang dan adat resam serta menyertai secara proaktif pembangunan sosioekonomi di negara yang mereka bermastautin demi mencapai hasil yang lebih cemerlang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China