Duta Besar China ke AS, Cui Tiankai menyatakan demikian dalam rencananya yang bertajuk "Cara untuk Mengurangkan Perselisihan dalam Isu Laut China Selatan" yang dipaparkan dalam laman web Agensi Bloomberg AS baru-baru ini.
Cui dalam rencananya berkata, isu Laut China Selatan sebenarnya merupakan pertelingkahan dari segi tuntutan kedaulatan ke atas wilayah serta hak dan kepentingan maritim. Beberapa kenyataan dan langkah penempatan tentera yang dilakukan oleh AS bukan sahaja telah memuncakkan ketegangan serantau, bahkan menenterakan kawasan perairan berkenaan.
Ketika menyebut kes timbang tara Laut China Selatan, Cui berkata China tidak akan menyertai dan tidak menerima kes timbang tara berkenaan.
Tambah Cui lagi, walaupun mungkin wujud perselisihan dalam hubungan China dan AS, namun kedua-dua negara masih mempunyai kepentingan bersama. China dan AS masing-masing menyokong penyelesaian pertikaian berkenaan melalui rundingan damai dan dialog diplomatik. Laut China Selatan tidak patut menjadi medan pertarungan kedua-dua negara.