Cari:
Bangladesh Berkabung Dua Hari
2016-07-03 16:43:15 CRI Cetak

Bangladesh memulakan hari berkabung selama dua hari bagi memperingati mangsa tragedi tebusan yang berlaku di Dhaka.

Menurut pihak tentera Bangladesh, identiti 20 mangsa, iaitu 9 warga Itali, 7 warga Jepun, 2 warga Bangladesh, seorang warga AS dan seorang warga India, sudah dikenal pasti.

Operasi gempur yang berlanjutan selama 12 jam akhirnya berjaya menyelamatkan 13 tebusan.

Pada malam 1 Julai lalu, sekumpulan anggota bersenjata menculik tebusan di sebuah restoran di daerah Gulshan, iaitu kawasan kediaman diplomat asing di Dhaka. Pertempuran sengit turut tercetus antara polis dengan anggota bersenjata.

6 anggota bersenjata ditembak mati oleh skuad elit tentera, sementara seorang lagi ditahan. Manakala, dua anggota polis terkorban dalam pertempuran tersebut. 

Kumpulan militan Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawab atas kejadian tersebut. Namun, hal ini belum disahkan oleh polis Bangladesh.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China