Cari:
Sukan Olimpik Rio Dirasmikan 5 Ogos
2016-08-05 10:53:26 CRI Cetak

Sukan Olimpik musim panas kali ke-31 akan dirasmikan di Rio de Janerio Brazil pada 5 Ogos ini dan upacara perasmian akan diadakan di Stadium Maracana. Ini merupakan kali pertama temasya Sukan Olimpik diadakan di benua Amerika Selatan. Sukan Olimpik Rio kali ini menawarkan 306 pingat emas yang bakal menjadi rebutan dalam 28 jenis sukan.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik Rio, Carlos Arthur Nuzman menyatakan bahawa Rio sudah bersiap sedia untuk melakar sejarah. Walaupun kerja-kerja persiapan mengalami kesukaran dari segi politik dan ekonomi, namun pihaknya sentiasa berusaha untuk menyelesaikan segala urusan, serta yakin akan kemampuan Rio untuk menganjurkan temasya Sukan Olimpik yang hebat.

Kontinjen China terdiri daripada 711 peserta, antaranya termasuklah 416 atlet akan beraksi dalam 210 acara yang dipertandingkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China