Cari:
Iran Mula Bina Dua Reaktor Nuklear Baharu
2016-09-11 14:18:28 CRI Cetak

Russia dan Iran memulakan kerja pembinaan dua buah reaktor tambahan di loji kuasa nuklear Iran di pesisir pantai Teluk berdekatan Bushehr, semalam.

Pengerusi Agensi Tenaga Atom Iran (AEOI), Ali Akbar Salehi selepas menyempurnakan upacara meletakkan batu asas di Bushehr menyatakan bahawa reaktor baharu tersebut menandakan satu langkah yang serius ke arah mengurangkan kebergantungan negara itu terhadap petroleum dan gas asli, sekali gus membuka lembaran baharu dalam industri pembangunan tenaga nuklear dengan tujuan kegunaan awam.

Dimaklumkan, pembinaan kedua-dua reaktor, yang sedang dijalankan bersama-sama oleh firma Rusia dan Iran, akan mengambil masa satu dekad dan kosnya mencecah USD10 bilion (RM41 bilion). Apabila kedua-dua unit tersebut mula beroperasi nanti, Iran boleh menjimatkan 22 juta tong minyak setiap tahun.

Sebelum ini, loji terbabit terus menjadi punca perbalahan dengan negara jiran Iran di Teluk Arab, walaupun selepas perjanjian mengehadkan pembangunan nuklearnya sudah ditandatangani dengan kuasa-kuasa utama pada Julai tahun lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China