Cari:
Dunia Manfaatkan Perkembangan pelancongan China
2016-09-28 13:41:35 CRI Cetak

Industri pelancongan di China yang dikenalpasti sebagai pendorong utama dalam sektor perkhidmatan telah mengambil peranan yang lebih besar dalam menyumbang kepada pendapatan negara dan pembangunan setempat, sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi global.

Kini, bercuti tidak kiralah di dalam negara mahupun ke luar negara sudah menjadi satu cara hidup yang dijalani masyarakat China. Statistik terkini menunjukkan, bermula dari Januari hingga Jun lalu, destinasi domestik meningkat 10.47 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas dengan menerima kunjungan sebanyak 2.23 bilion orang, manakala bilangan yang melawat ke luar negara bertambah sebanyak 4.3 peratus, mencatat kira-kira 59 juta orang.

Ketua Bahagian Perancangan dan Kewangan Jabatan Pentadbiran Pelancongan Kebangsaan China (CNTA), Peng Decheng menyatakan bahawa peranan dan pengaruh industri pelancongan dalam menggerakkan pembangunan sosioekonomi negara semakin menonjol. Menurut statistik berkenaan, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) China yang disumbang oleh sektor pelancongan melebihi 10.8 peratus, manakala pekerjaan yang disumbang oleh sektor pelancongan mencecah 10.2 peratus.

Menurut Peng, industri pelancongan yang dianggap sebagai penjana ekonomi negara bukan sahaja mempelbagaikan dan memperkukuhk aktiviti-aktiviti pelaburan, malah juga merangsang kepenggunaan domestik. Dikatakan, dalam tempoh tiga tahun akan datang, sektor pelancongan China dijangka menerima pelaburan langsung melebihi RMB3 trilion (RM1.87 trilion) dan bakal memperoleh tanaman modal lain sebanyak RMB15 trilion (RM9.3 trilion).

Teras keseluruhan dasar dalam sektor pelancongan adalah untuk mencapai pertumbuhan pelancongan yang mampan bagi merealisasikan potensi pekerjaan yang banyak dan kesan penjanaan pendapatan di tahap kawasan tempatan, wilayah dan negara. Dengan adanya pasaran kepenggunaan yang besar dan dasar makro yang holistik, industri pelancongan telah menjadi penjana baharu dalam merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Selain itu, potensi industri pelancongan China dalam memaju dan membangunkan industri pelancongan dunia malah ekonomi global nampaknya makin menyerlah. Semenjak tahun 2012, China sentiasa memperkukuh imej negara sebagai destinasi percutian pilihan pertama di persada dunia, dan sumbangan purata tahunannya kepada industri pelancongan global melebihi 13 peratus. Biarpun aktiviti eknomi di dunia kekal lembap, namun pasaran pelancongan global kelihatan menggalakkan dengan adanya prestasi ketibaan pelancong China ke luar negara. Ketua Pengarah CNTA, Li Jinzao berkata, dalam tempoh lima tahun akan datang, jumlah pelancong China ke luar negara dijangka mencecah 600 juta.

Potensi pasaran pelancongan antarabangsa dapat diteroka sepenuhnya jika kerjasama antara pelbagai negara diperkasakan. Isu-isu seperti alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang, kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong, semuanya perlu diberi penekanan yang sewajarnya supaya percutian ke luar negara menjadi pilihan utama semakin ramai warga China. Tambah beliau lagi, usaha pemasaran dan promosi bakal diperkemaskan agar produk pelancongan China mendapat sambutan baik di pasaran luar negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China