Anugerah Nobel tahun 2016 bagi kategori fisiologi atau perubatan dimenangi oleh pakar biologi sel Jepun, Yoshinori Ohsumi, semalam.
Anugerah tersebut dihadiahkan kepada Ohsumi berikutan kajiannya mengenai autofagi, iaitu kajian mengenai cara tubuh manusia memecahkan dan mengitar semula komponen sel.
Melalui kajian berkenaan, Ohsumi berjaya mengesan gen yang mengawal proses "memakan diri sendiri".
Kajian tersebut adalah amat mustahak kerana membantu menjelaskan proses sebenar yang berlaku dalam banyak penyakit misalnya kanser dan Parkinson.