Cari:
Dua Draf Resolusi Isu Syria Gagal Diluluskan
2016-10-09 15:39:29 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pengundian terhadap dua draf resolusi berhubung isu Syria telah dijalankan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada 8 Oktober lalu. Namun, draf yang digubal oleh Perancis dan Sepanyol serta satu lagi digubal oleh Rusia masing-masing gagal diluluskan pada hari itu.

Sehubung dengan hal tersebut, Wakil Tetap China ke PBB, Liu Jieyi dalam ucapannya selepas pengundian tersebut telah menggesa semua pihak yang terlibat agar terus menggerakkan proses penyelesaian isu Syria melalui dialog damai.

Liu berkata, masyarakat antarabangsa perlu berpegang teguh pada hala tuju penyelesaian isu Syria melalui saluran politik, di samping menggalakkan semua pihak yang terbabit untuk menyelesaikan perselisihan melalui dialog agar pergolakan dan konflik di Syria dapat ditamatkan dengan segera.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China