Cari:
Xi Jinping Bakal Melawat Kemboja, Bangladesh dan India
2016-10-11 12:02:55 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan lawatan rasmi ke Kemboja dan Bangladesh, dan menghadiri Pertemuan Pemimpin Negara-negara BRICS ke-8 yang akan diadakan di Goa, India pada 13 hingga 17 Oktober ini.

Kementerian Luar China telah mengadakan sidang media tentang lawatan Presiden Xi kali ini semalam.

Pada masa ini, ekonomi dunia masih pulih dengan perlahan dan kurang seimbang. Namun negara-negara BRICS menampakkan potensi pembangunan yang besar, berprospek cerah, dan menyumbangkan tenaga yang besar kepada ekonomi dunia. Pemimpin-pemimpin negara BRICS mencapai banyak consensus dalam Pertemuan Tidak Rasmi Pemimpin Negara-negara BRICS sempena Sidang Kemuncank G20 di Hangzhou, China pada bulan lalu.

Naib Menteri Luar China, Li Baodong dalam sidang media tersebut telah menjelaskan harapan China terhadap pertemuan kemuncak BRICS kali ini. Katanya, "Pertama, pertemuan ini harus memberikan isyarat positif kepada luar, iaitu negara-negara BRICS menggembleng tenaga dan meningkatkan kerjasama. Kedua, mengintensifkan kerjasama pragmatik dan menaiktarafkan kerjasama. Ketiga, meningkatkan penyelarasan dan koordinasi negara-negara BRICS dalam isu antarabangsa demi memelihara kepentingan bersama. Dan keempat, memperkasakan dialog dan kerjasama dengan negara serantau."

Sebelum menghadiri pertemuan kemuncak tersebut, Presiden Xi akan mengadakan lawatan rasmi ke Kemboja dan Bangladesh. Dalam rangka lawatan tersebut, beliau akan mengadakan rundingan dengan pemimpin kedua-dua negara tersebut dan menyaksikan pemeteraian dokumen kerjasama dua hala.

Penolong Menteri Luar China, Kong Xuanyou menyatakan bahawa Kemboja dan Bangladesh antara negara jiran baik China. Kedua-dua negara ini melahirkan komitmen untuk mengambil bahagian dalam pembinaan "Jalur dan Laluan" (B&R) anjuran China. Lawatan Presiden Xi kali ini akan membawa peluang kerjasama baharu antara China dengan Kemboja dan Bangladesh. Katanya, "Kerjasama pragmatik dalam rangka B&R akan menjadi topik utama rundingan sempena lawatan Presiden Xi ke Kemboja dan Bangladesh. Kedua-dua negara ini komited akan terlibat aktif dalam kerjasama B&R. Lawatan Presiden Xi akan membawa beberapa cadangan kerjasama yang baharu. Kami menyambut baik hasrat kedua-dua negara itu dan berharap dapat mencapai konsensus kerjasama yang baharu berdasarkan perbincangan mendalam. "

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China